Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 19 | Resipi Kari Ayam Nyonya dan Susu Kurma Cincau

SAJIAN apa yang dihidang dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 18 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Ahad (9 April).

Dua menu yang dihidangkan ialah Ikan Masin Terung Asam dan Umai Dahfa. Sekiranya anda ingin mencuba, dua resipi sajian ada di bawah.
 

Kari Ayam Nyonya

Bahan-bahan:

500g ayam

1 sudu serbuk kunyit

1 sudu kecil minyak jagung

Garam

1 cawan santan

2 sudu asam jawa

2 sudu gula apong

1 bawang besar

10 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

4 cm halia

1/2 inci lengkuas

1/2 inci kunyit hidup

6 biji buah keras

2 helai daun limau purut

3 batang serai

4 sudu Cili kisar

4 sudu besar minyak sayuran

 

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, buah keras, serai dan daun limau purut
  2. 2. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam
  3. 3. Tumis bahan kisar termasuk cili kisar
  4. 4. Masak sehingga pecah minyak
  5. 5. Masukkan ayam dan air asam jawa
  6. 6. Tunggu selamat 2 minit
  7. 7. Masukkan garam, gula apong dan santan
  8. 8. Masak selama 7 minit
  9. 9. Sedia dihidang

 

Susu Kurma Cincau

Bahan-bahan:

1 kotak Susu segar

11 biji kurma

100g Cincau

Cara penyediaan:

  1. 1. Kisar kurma dan susu segar
  2. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam gelas
  3. 3. Masukkan cincau dan ais batu
  4. 4. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan