Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menjelang Syawal ini, seramai 50 individu bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah televisyen pintar 55 inci baharu menerusi Kempen Raya Dalam Kereta oleh Raya Khas Sdn. Bhd.

Raikan Syawal dengan televisyen pintar, rebut tawaran Raya Khas Sdn Bhd

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 April: Menjelang Syawal ini, seramai 50 individu bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah televisyen pintar 55 inci baharu menerusi Kempen Raya Dalam Kereta.

Kempen anjuran syarikat pengedar kereta import di Sarawak, Raya Khas Sdn. Bhd. telah bermula sejak 1 Mac lalu sehingga 30 April ini.

Penyelaras Raya Khas Sdn. Bhd., Roy MD Johnny berkata, kempen pada tahun ini juga menawarkan waranti kenderaan sehingga enam tahun kepada pelanggan mereka.

@tvstvmy

Menjelang Syawal ini, seramai 50 individu bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah televisyen pintar 55 inci baharu menerusi Kempen Raya Dalam Kereta. Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Kami menerima sambutan yang sangat hebat daripada orang ramai selepas kempen ini dilancarkan.

“Ini mungkin disebabkan pelanggan tertarik dengan tawaran waranti sehingga enam tahun selain pemberian lain termasuklah televisyen pintar berkenaan,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Roy turut memberitahu, pihaknya menerima tempahan hampir 20 buah kenderaan sejak kempen itu dilancarkan pada Mac lepas.

“Saya berharap kempen ini akan terus mendapat sambutan daripada orang ramai khususnya pelanggan kami di Raya Khas Sdn. Bhd. yang memberikan peluang kepada mereka untuk mendapat pelbagai hadiah menarik,” katanya.

Menurut Roy lagi, Raya Khas Sdn. Bhd. juga menjanjikan perkhidmatan serta maklum balas yang pantas selain urusan pembelian yang telus dan mesra pelanggan.

“Kami sentiasa mengutamakan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Selain itu, syarikat juga sentiasa berusaha untuk menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi oleh pelanggan kami,” katanya lagi.

Selain sambutan kempen yang begitu menggalakkan, Raya Khas Sdn. Bhd. juga mendapat tempat di hati pelanggan mereka berikutan ketersediaan stok pelbagai kenderaan termasuklah segi spesifikasi dan warna.

Seorang pelanggan, Eder Paulino Zainal Abidin berkata, pengalaman berurusan dengan Raya Khas Sdn. Bhd. telah membuang tanggapan serongnya untuk memilik kereta diperbaharui.

“Saya memang berpuas hati sebab waranti juga diberikan.

“Sebelum ini saya berasa risau untuk membeli kereta recond  kerana bimbang cepat rosak namun menerusi waranti enam tahun diberikan oleh syarikat ini telah meyakinkan saya untuk membeli kereta,” katanya.

Bagi Kamarulzaman Ahmad pula, kereta yang dibelinya di syarikat itu menepati kesemua kriteria yang dimahukan.

“Apa yang menggembirakan, saya membeli kereta idaman menerusi program i-Direct by Raya Khas’ yang mana konsep program ini membolehkan saya memiliki kereta idaman yang memenuhi semua kriteria yang saya mahukan termasuklah spesifikasi dan warna,” katanya.

Ujar beliau, Raya Khas Sdn. Bhd. juga telah sedaya upaya untuk memenuhi kemahuan pelanggan dan mencari stok kenderaan termasuk di luar negara.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui stok tersedia di ruang pameran Raya Khas Sdn. Bhd. boleh mengunjungi laman Facebook Raya Khas di https://www.facebook.com/rayakhasauto.

Bagi temu janji pandu uji dan tempahan pula, anda boleh menghubungi talian 016-5788601 atau hadir ke ruang pameran di Jalan Tun Razak, Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan