Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman (empat dari kanan) hadir Perasmian Bazar Ramadan Emart di sini hari ini. Foto Facebook Fazzrudin Abdul Rahman.

Projek naik taraf Jalan Matang ambil kira pelbagai faktor

KUCHING, 10 April: Kerja menaik taraf Jalan Matang, di sini yang telah diambil alih oleh kontraktor baharu akan dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek supaya tidak membebankan pengguna, kata Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, ketika ini kontraktor baharu sedang melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Namun demikian kata beliau, beberapa cabaran perlu dihadapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor baharu iaitu berkenaan kabel elektrik Sarawak Energy Sdn. Bhd. (SESCO) yang berada di bawah tanah.

“SESCO tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai lokasi kabel elektrik itu.

“Jadi, perkara ini yang sedang diperincikan kerana kita tidak mahu berlaku kemalangan kepada pekerja dan pengguna jalan raya semasa melakukan kerja pembinaan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Perasmian Bazar Ramadan Emart di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Kaunselor Tan Kai.

Mengulas lanjut, Fazzrudin berkata, SESCO sedang mengenal pasti lokasi kabel elektrik supaya pihak kontraktor dapat melaksanakan pembinaan jalan raya secara berperingkat.

“Namun berikutan faktor ini, kita menjangkakan kerja naik taraf jalan ini akan mengalami sedikit kelewatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan