Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar dengan bubur lambuk di Dewan Serbaguna Kampung Pulau Melayu, semalam. Foto: TVS

Program bubur lambuk semarak hubungan masyarakat

MIRI, 10 April: Setiap kali bulan Ramadan, program pengagihan bubur lambuk seringkali diadakan oleh pelbagai pihak bagi meraikan bulan puasa bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, melihat program sebegini dapat menyemarakkan dan mengeratkan hubungan masyarakat dari pelbagai latar belakang selain menunjukkan keunikan di Sarawak.

Datuk Sebastian menyerahkan sumbangan kepada penerima di Dewan Serbaguna Kampung Pulau Melayu, di sini semalam. Foto: TVS

“Program sebegini dapat menyemarakkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama, ini menunjukkan keunikan yang kita ada di Sarawak,” katanya di Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin 2023 anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) di Dewan Serbaguna Kampung Pulau Melayu di sini, semalam.

Pada masa yang sama beliau juga memuji usaha pihak media yang bukan sahaja berusaha menjalankan tugas menyebarkan berita, malah tidak lupa juga untuk membantu golongan yang memerlukan bersama organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Para pengamal media di Sarawak bukan sekadar menjalankan tugas harian mereka, mereka juga melibatkan diri dalam masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bentuk bantuan dalam apa juga usaha.

“Begitu juga dengan pertubuhan NGO seperti Liansin Trading Sdn Bhd dan Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama dengan Media Sarawak membantu golongan masyarakat kita,” ujarnya beliau lagi.

Simbolik pelancaran Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin 2023 anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) di peringkat Sarawak telah dilancarkan pada 25 Mac di Kuching, kemudianya dianjurkan di Miri, Sibu, Lawas dan juga Bintulu.

Kampung Pulau Melayu merupakan lokasi kedua untuk di Miri selepas Kampung Pujut Tanjung Batu di mana sebanyak 350 pek bubur lambuk dan 50 pek bakul makanan beras dan gula diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan, asnaf, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan