Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak di Stadium Malawati Shah Alam semalam. Foto: BERNAMA

Pengumuman tarikh 1 Syawal: Umat Islam diingat rujuk sumber rasmi – Fahmi Fadzil

ByBernama

SHAH ALAM, 10 April: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.

Beliau berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu.

Baca berita berkaitan:

  1. 1. Ramalan Aidilfitri 21 April tidak terpakai di Malaysia – Dr. Abdul Rahman
  2. 2. Penentuan 1 Syawal: Umat Islam dinasihat tenang, serah kepada pihak berautoriti
  3. 3. Ramalan Hari Raya akan dibincang dalam Jawatankuasa Fatwa

“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja… jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp… kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu…

“Yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati semalam.

Terdahulu, Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kerana menganjurkan anugerah itu bagi mengiktiraf usahawan tempatan atas jasa yang disumbangkan kepada ekonomi negara.

“InsyaAllah, saya akan minta pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec untuk pastikan kita ada sinergi kerana kita ingin pastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri lain juga kepada Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi ekonomi digital,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan