Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 50kg herba mentah yang dirampas pada pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, semalam. Foto: Maqis

Maqis rampas 50kg herba mentah dari China, AS

BALIK PULAU, 10 April: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 50 kilogram (kg) herba mentah ke negara ini selepas melakukan pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, di sini semalam.

Barang dagangan keluaran pertanian dari China dan Amerika Syarikat (AS) tersebut didapati tidak mempunyai dokumen Permit Import Maqis.

Kira-kira 50 kilogram (kg) herba mentah yang dirampas pada pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini semalam. Foto: Maqis

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib Hashim, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ujarnya, produk bernilai RM9,500 berkenaan berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM.

“Keluaran pertanian tersebut ditahan kerana tidak mempunyai permit import serta Sijil Fitosanitasi yang sah.

“Dagangan tersebut adalah jenis tanaman herba seperti ginseng, akar kayu dan pelbagai daun kering,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Muhammad Ikram berkata, Maqis sentiasa melaksanaan penguatkuasaan di pintu sempadan negara bagi menangani isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

“Ia bagi memastikan kawalan penyakit kepada haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan sentiasa terpelihara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan