KUALA LUMPUR, 10 April: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata memastikan maklumat yang sahih sampai kepada media merupakan antara peranan pihaknya.
Menurutnya, maklumat yang sahih diperolehi media akan disebarkan menerusi platform masing-masing untuk pengetahuan orang ramai.
Baca artikel berkaitan:
- 1. KWSP perincikan mekanisme bagi FSA 2, bermula 7 April
- 2. Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-KOM Sarawak awal minggu depan – Abdullah
Mengambil contoh berhubung persoalan orang ramai mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau berkata penjelasan mengenainya akan dilakukan Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin menerusi RTM pada malam Selasa.
“Dalam isu KWSP terdapat banyak maklumat yang sampai (diterima orang ramai), ada yang salah tafsir dan salah ulas oleh rakan-rakan netizen.
“Ramai yang bertanya apakah kenyataan penuh KWSP (mengenai persoalan orang ramai), apakah keadaan itu sebenarnya,” katanya berucap pada Majlis Apresiasi Media Bersama YB Fahmi Fadzil di sini, malam ini.
Pada 7 April, ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran bersyarat menerusi Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2).
Begitu juga dengan soal pelantikan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak beliau telah dihubungi wartawan bagi pengesahan susulan dakwaan jawatan itu sudah diisi.
Beliau berkata beliau telah menjelaskan kepada wartawan bahawa belum ada lantikan ke jawatan itu.
“Nama yang akan diangkat menjadi Pengarah J-KOM Sarawak itu akan diusul oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg),” ujarnya. – TVS