SIBU, 10 April: Tindakan seorang seorang lelaki yang membuang sampah melalui tingkap kenderaannya pada Isnin lalu membawa padah apabila hampir didenda RM500 oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS).
Tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu telah dirakam oleh orang awam yang kemudian tular di media sosial.
Timbalan Pengerusi MPS, Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, pihaknya berjaya mengesan suspek yang kemudian tampil ke pejabat MPS untuk membayar saman berkenaan pada Rabu.
“Bagaimanapun, dia hanya diberi amaran atau berdepan denda jika mengulangi perbuatannya itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau memberitahu, lelaki itu juga telah memohon maaf kepada MPS serta berjanji tidak mengulangi kesilapan itu.
Sementara itu, Mohammed Abdullah Izkandar memberitahu, MPS sedang berusaha untuk memastikan kebersihan bandar ini dan berharap orang ramai juga dapat memainkan peranan. -TVS