Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bengkel yang menempatkan 10 buah kereta yang sedang dibaiki musnah dalam kebakaran di Jalan Batu 3, Tandop hari ini. Foto: JBPM

Kereta mewah antara 10 yang hangus dalam kebakaran bengkel

ALOR SETAR, 10 April: Sebanyak 10 buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Batu 3, Tandop di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu mengakibatkan kereta berkenaan termasuk berjenama mewah seperti Mercedes-Benz dan BMW yang sedang dibaiki musnah sepenuhnya.

Difahamkan, kebanyakan kereta tersebut dihantar oleh pelanggan untuk diselenggara bagi kegunaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.11 petang sebelum dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta kelas C bersama 10 buah kereta yang berada di dalam bengkel.

“Api berjaya dikawal pada pukul 3.31 petang dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

“Operasi kemudiannya ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.44 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar jurucakap itu, pasukan forensik bomba akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan