Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua,kanan) meletakkan bubur lambuk ke dalam bekas plastik pada Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak dan Liansin 2023 hari ini. Foto Bernama.

Kerajaan sedang rangka strategi perkukuh keterjaminan makanan – Fadillah

ByBernama

KUCHING, 9 April: Kerajaan dalam usaha merangka beberapa strategi untuk memperkukuh keterjaminan makanan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata pihaknya serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu, bertanggungjawab di peringkat teknikal bagi menilai serta memberi input berkaitan isu pertanian sebelum ia dibentang di peringkat Kabinet.

“Kita akan melihat kepada keseluruhan rantai nilai… maknanya kita kena melihat kepada kualiti benih dan input pertanian, baja, baka, makanan haiwan dan sebagainya… dari situ juga, kita akan selaras dengan semua kementerian termasuk kementerian saya kerana ia juga melibatkan sektor perladangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin di sini hari ini.

Beliau berkata strategi keterjaminan makanan secara keseluruhannya akan memberi penyelesaian kepada teknologi yang sesuai dalam memastikan Malaysia mempunyai bekalan mencukupi dan mampu dimiliki rakyat.

Terdahulu, Fadillah mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai sempena program anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Liansin Trading Sdn Bhd itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan