Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang hadir pada Program Pautan Kasih Parlimen Kota Samarahan di Dewan Pejabat Daerah Asajaya, hari ini. Foto: TVS

Keperluan UTC di Samarahan mendesak – Rubiah Wang

ByAmirah Shawel

KOTA SAMARAHAN, 10 April: Permohonan pembinaan pusat transformasi bandar (UTC) di Bahagian Samarahan akan diutarakan dalam masa terdekat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, sebelum ini projek berkenaan telah diluluskan namun tidak sempat dilaksanakan ekoran kemelut politik.

Katanya, pembinaan UTC di sini dirancang ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Projek berkenaan tidak sempat dilaksanakan disebabkan perubahan kerajaan banyak kali.

“Namun sebagai wakil rakyat, saya akan mengutarakan semula permohonan ini kepada Perdana Menteri kita memandangkan keperluannya amat mendesak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Pautan Kasih Parlimen P.197 Kota Samarahan di Dewan Pejabat Daerah Asajaya, di sini hari ini.

Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, pembinaan pusat pelbagai perkhidmatan di kawasan itu akan memudahkan penduduk melaksanakan urusan rasmi tanpa perlu ke bandar.

“Melihat kepada keadaan trafik di Samarahan juga, kita perlukan satu pusat untuk kemudahan perkhidmatan masyarakat setempat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan