KUALA LUMPUR, 10 April: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada 8.37 pagi tadi.
Gempa bumi sederhana M5.5 berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada 8:37 pgi 10 April 2023. Pusat GB terletak 9.2° S dan 115.4° T dengan kedalaman 750 km. 61km Tenggara dari Denpasar,Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/JyrvQVN2fr
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) April 10, 2023
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 61 kilometer (km) tenggara dari Denpasar, Indonesia dengan kedalaman 750km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. -TVS