KUCHING, 10 April: Penganjuran Bazar Ramadan Emart di Matang pada tahun ini merupakan contoh kerjasama yang boleh dirintis oleh sektor swasta dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Fazzrudin Abdul Rahman.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, menerusi kerjasama berkenaan, PBT khususnya Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dapat mengenal pasti masalah dihadapi oleh peniaga setempat.
“Majlis perasmian bazar pada hari ini merupakan simbolik selain merupakan program pertama dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPP yang baharu sahaja dilantik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bazar berkenaan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai.
Fazzrudin berkata, beliau juga berharap agar MPP juga boleh melihat sendiri keadaan di lapangan dan seterusnya merangka strategi untuk membantu masyarakat.
Bazar Ramadan Emart Matang pada tahun ini menyediakan sebanyak 59 gerai makanan dan minuman dan mula beroperasi pada awal bulan puasa ini. -TVSÂ