Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 18 | Resipi Ikan Masin Terung Asam dan Umai Dahfa

ByTVS

MASAKAN apa yang dihidang dalam Aroma Sungkei kali ini? Ini dia resipi yang disiarkan menerusi Aroma Sungkei Episod 18 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Ahad (9 April).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Ikan Masin Terung Asam dan Umai Dahfa. Kalau ingin bersungkei dengan dua hidangan ini, jom ikuti resipinya di bawah. 
 

Ikan Masin Terung Asam

Bahan-bahan:

3 keping ikan masin

1 biji bawang merah

4 biji bawang putih

1 sudu penambah perasa

1 sudu serbuk cili

1 biji terung asam dayak

 

Cara memasak:

  1. 1. Mayang halus bawang merah dan bawang putih
  2. 2. Tumis bahan yang dimayang halus, serbuk cili & ikan masin dipotong halus
  3. 3. Masak sehingga naik bau
  4. 4. Masukkan terung asam & 500ml air
  5. 5. Masak sehingga mendidih
  6. 6. Sedia dihidang

 

Umai Dahfa

Bahan-bahan:

120g snek filet ikan

1 inci halia

3 tangkai Cili merah

2 tangkai cili padi

1 cili hijau

2 ulas bawang merah

9 biji limau kasturi

Garam

Gula

Cara memasak:

  1. 1. Hiris bawang merah, cili merah, cili padi, cili hijau dan halia
  2. 2. Campur bahan hirisan ke dalam snek filet ikan
  3. 3. Tambahkan air perahan limau kasturi
  4. 4. Masukkan garam & gula
  5. 5. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan