SIBU, 9 April: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong hari ini melawat beberapa lokasi yang terjejas akibat ribut pada 5 April lalu.
Antara kawasan yang dilawati beliau termasuklah Taman Rejang dan Jalan Langsat.
Wilson Ugak berkata, beliau difahamkan berlaku banyak kerosakan ke atas kediaman penduduk dan premis perniagaan di situ.
“Selain itu terdapat juga laporan pokok tumbang yang menghempap beberapa kenderaan.
“Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada agensi Kerajaan Sarawak dan wakil rakyat di sini yang memberi bantuan awal kepada mangsa terjejas,” katanya.
Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sibu Sylvia Lau, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Andrew Lau dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sibu Mejar Wan Mohd Jabir Wan Badrudin.
Baca artikel berkaitan:
- 1. Jalan Merdeka, Sibu terjejas kejadian pokok tumbang
- 2. Sibu dibadai ribut, kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar
Ribut yang membadai pada hari kejadian turut memusnahkan sebanyak 21 kanopi peniaga di bazar Ramadan di situ. -TVS