Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto TVS.

Taska abai kanak-kanak, KPWKM tunggu hasil siasatan polis – Nancy

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunggu hasil siasatan polis berhubung kes kecederaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak di sebuah taska di Putrajaya.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehubungan itu, masyarakat diminta tidak membuat spekulasi kerana ketika ini tindakan sudah diambil oleh pihak berkuasa.

Kata beliau, antara langkah dilaksanakan kementerian untuk menangani isu penderaan atau keselamatan kanak-kanak di taska ialah termasuk mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan pemantuan.

“Berkenaan kes pengabaian kanak-kanak di sebuab taska yang berlaku baru-baru ini, kita tunggu kerana tindakan sudah diambil oleh polis,” katanya kepada TVS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kes seorang kanak-kanak yang didakwa mengalami kecederaan ketika berada di sebuah taska.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan mangsa telah dirujuk ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, berhubung kes seorang remaja perempuan yang berkelakuan tidak sopan di dalam sebuah kereta, Nancy turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan tertuduh sudah ditahan polis.

Terdahulu, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong hadir pada Program Agihan Bubur Lambuk Darul Hana Blok 2A di sini hari ini.

Sebanyak 200 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan