Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto TVS.

Peruntukan RM10 juta bangunkan tribunal gangguan seksual – Nancy

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 April: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk membangunkan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk merekrut kakitangan baharu, melantik ahli tribunal serta mewujudkan pusat tribunal.

“Ini infrastruktur paling penting yang diperlukan sebelum kita melaksanakannya.

“Kesemua mesti siap sebelum 31 Disember, itulah keutamaan kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Program Agihan Bubur Lambuk Darul Hana Blok 2A di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nancy memaklumkan, KPWKM akan melancarkan jerayawara berkenaan pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual di setiap negeri.

Kata beliau, penting untuk penerangan berhubung perkara itu disampaikan kepada masyarakat memandangkan ia bersifat subjektif.

“Kita meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan jerayawara tersebut.

“Bukan mudah untuk melaksanakan (jelajah ini) namun kita akan mulakan segera, mungkin selepas raya,” katanya.

Sebelum ini Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 selepas mula digubal pada 2011.

Menerusinya, ia mengiktiraf gangguan seksual sebagai pencabulan maruah manusia, satu bentuk diskriminasi dan keganasan berasaskan jantina.

Ia turut mengadakan peruntukan bagi hak tebus rugi bagi mana-mana individu yang diganggu secara seksual melalui penubuhan tribunal bagi antigangguan seksual. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan