Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah kedai langsir di Limbang (gambar kiri). Gambar kanan pula menunjukkan seorang wanita yang merupakan pemilik kedai berkenaan menerima rawatan selepas melecur akibat kejadian itu. Foto: BBP Limbang dam APM Limbang.

Pemilik kedai langsir di Limbang melecur dalam kebakaran pagi tadi

LIMBANG, 9 April: Seorang wanita yang juga pemilik kedai langsir melecur selepas premisnya di Jalan Buangsiol, di sini terbakar pagi tadi.

Difahamkan mangsa, King Choon Moi, 49, mengalami kecederaan pada bahagian kaki, siku dan bahu serta diberi rawatan awal di lokasi.

Seorang pekerja lelaki berusia 18 tahun yang turut berada di situ ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Baca artikel berkaitan >>>>> Kedai langsir dua tingkat terbakar

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah rumah kedai dua tingkat sedang terbakar di tingkat satu.

“Kebakaran melibatkan tempat penyimpanan kain dan memusnahkan hampir 40 peratus kedai berkenaan.

Kebakaran pagi tadi memusnahkan 40 peratus kedai langsir berkenaan. Foto Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak. 

“Kedua-dua mangsa pula berjaya menyelamatkan diri dan kebakaran tidak melibatkan kehilangan nyawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11:40 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan