Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana meriah di Padang Merdeka, Kuching sempena program Juh Sungkei yang berlangsung hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka meriah

KUCHING, 9 April: Selepas ‘direhatkan’ beberapa tahun susulan pandemik COVID-19, Padang Merdeka, di sini kembali meriah dengan program berbuka puasa beramai-ramai.

Dinamakan, Juh Berambeh Sungkei, acara itu menyaksikan penyertaan orang ramai khususnya masyarakat Islam untuk berbuka puasa dalam suasana santai.

Antara pengunjung yang berbuka puasa di Padang Merdeka, Kuching sempena program Juh Sungkei yang berlangsung hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Apa yang menarik, masyarakat bukan Islam juga turut menyertainya sekali gus menyerlah semangat perpaduan di sini.

Seorang pengunjung, Aina Adina berkata, program itu sangat bermanfaat dan penganjurannya perlu diteruskan pada masa akan datang.

“Saya mendapat tahu program ini apabila dimaklumkan oleh ibu. Bagi saya ini pengalaman baharu yang sangat menyeronokkan malah turut mengajak rakan – rakan datang,” katanya.

Sementara itu bagi pasangan Edina dan Aizzudin, mereka menyertai program itu secara kebetulan.

Kata mereka, ini merupakan pengalaman pertama menyertai program itu.

“Kami secara tidak sengaja melalui kawasan ini, nampak banyak khemah, jadi ambil keputusan untuk singgah,” kata Aizzudin.

Program Juh Berambeh Sungkei turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan