Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 17 | Resipi Nasi Briyani Kambing dan Ubi Kayu Rebus Gula Apong

ByTVS

MASAKAN apa yang dihidang dalam Aroma Sungkei kali ini? Ini dia resipi yang disiarkan menerusi Aroma Sungkei Episod 17 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Sabtu (8 April).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Nasi Briyani Kambing dan Ubi Kayu Rebus Gula Apong. Kalau ingin bersungkei dengan dua hidangan ini, jom ikuti resipinya di bawah. 
 

Nasi Briyani Kambing

Bahan-bahan:

100g beras basmathi

100g kambing

3 bunga lawang

2 kayu manis

7 buah pelaga

9 tangkai bunga cengkih

3 sudu besar serbuk ketumbar

3 sudu besar serbuk jintan manis

3 sudu besar serbuk jintan putih

3 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu lada putih

2 biji bawang besar

3 biji buah tomato

1 labu bawang putih

3 cm halia

1 ½ cawan yoghurt

2 helai bay leave

Minyak zaitun

Minyak Sapi

½ cawan susu cair

Pewarna kuning

Garam

Gula

Cara memasak:

  1. Kisar bawang putih & tumis bersama minyak masak dan minyak sapi
  2. Masukkan hirisan halia, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih
  3. Masak sehingga naik bau dan letakkan sedikit air
  4. Masukkan kambing dan masak selama 1 jam
  5. Masukkan tomato dan susu cair
  6. Tambah garam dan gula
  7. Masak & reneh selama 30 minit
  8. Didihkan 2 liter air untuk beras
  9. Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
  10. Biar sehingga mendidih dan masukkan beras basmathi
  11. Biarkan masak selama 15 minit
  12. Tapis beras basmathi yang telah masak
  13. Masakkan bersama minyak kuah kambing yang sudah masak
  14. Lapis nasi dan kambing yang sudah masak
  15. Biarkan selamat 10 minit & campur sebati
  16. Sedia dihidang

 

Ubi Kayu Rebus Gula Apong

Bahan-bahan:

2 ketul kecil ubi kayu

1/2 cawan kelapa parut

2 sudu gula apong or gula melaka

Garam

Cara penyediaan:

  1. Rebus ubi kayu
  2. Campurkan kelapa parut dengan garam
  3. Letakkan gula apong dalam bekas
  4. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan