Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petrajaya merakam kenangan borsama ahli jawatankuasa yang terlibat. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

TPM Fadillah agih bubur pedas di Kampung Semariang Baru Fasa 3

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 April: Sebanyak 600 bungkus bubur pedas diagihkan kepada penduduk Kampung Semariang Baru Fasa 3 di sini hari ini.

Agihan hidangan tradisi Sarawak itu telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petrajaya setelah usai beliau berjemaah solat Asar bersama penduduk setempat.

Acara tersebut merupakan acara tahunan anjuran Surau Darul Falah bersama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan