Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengagihkan pek bubur lambuk kepada penduduk di Asajaya sempena Program Jelajah Ramadan anjuran Biro Agama Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Sarawak sokong program Rakan Muda dihidup semula – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 8 April: Sarawak menyambut baik hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menghidupkan semula program Rakan Muda.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau percaya KBS telah meneliti perkara tersebut sebelum memutuskan untuk menghidupkan semula program yang dijangka akan bermula tahun ini.

Baca artikel berkaitan >>>> KBS perkasa semula program Rakan Muda

“Ia merupakan program yang cukup baik sekali yang memang rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan, pihak pusat dan belia.

“Saya difahamkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan menghidupkan ia semula. Ia satu cadangan yang cukup baik sekali oleh menteri dan saya percaya beliau telah melihat ia secara mendalam terutama mengenai kekurangan dan apa yang perlu dipertingkatkan dalam program Rakan Muda ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Jelajah Ramadan Biro Agama Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) di perkarangan Masjid An-Najah Asajaya di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, program tersebut menyaksikan sebanyak 500 pek bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat di sekitar Asajaya diikuti penyampaian bantuan kepada golongan asnaf serta penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).

Pada 5 April lepas, KBS memaklumkan program Rakan Muda akan diperkasakan semula menerusi pelbagai penambahbaikan meliputi pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan.

Program Rakan Muda merupakan program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan