Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyampaikan sumbangan pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sabah 2023. Foto UKK KKDW

Pekebun getah kecil di seluruh negara terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

ByTVS

PAPAR, 8 April : Seramai 318,642 pekebun getah kecil di seluruh negara akan memanfaatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya peruntukan berjumlah RM63.75 juta itu akan disalurkan melalui kementeriannya dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) itu iaitu setiap pekebun kecil getah akan memperoleh BKKA berjumlah RM200.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Foto UKK KKDW

Jelas Zahid, bantuan tersebut inisiatif kerajaan perpaduan dalam membantu meringankan beban kewangan golongan pekebun kecil menjelang hari raya aidilfitri.

“RISDA akan mengagihkan wang hari raya sebanyak RM63.75 juta untuk diagihkan kepada 318,642 pekebun getah kecil di seluruh negara ,“ ketika berucap merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sabah 2023 di Masjid As Salam, Kampung Benoni pada sabtu.

Dalam pada itu katanya BKKA yang disalurkan ini adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan seramai 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa seramai 850,000 pekebun kecil serta usahawan dan nelayan akan diberikan bantuan maka KKDW menerusi RISDA akan mengagihkan dan dikreditkan di akaun masing – masing,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Dan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan