Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa ke Terminal Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pihak polis. Foto: TVS

Mayat mangsa kapal karam Tanjung Jerijeh ditemukan

MUKAH, 8 April: Mangsa terakhir tragedi kapal karam Tanjung Jerijeh Belawai, akhirnya berjaya dikeluarkan dari dalam kapal selepas ditemukan pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, mayat Wong Pak Wei, 30, dijumpai di ruang anjung kapal ketika kerja-kerja mengapungkan kapal dijalankan kira-kira jam 8  malam tadi.

Ketika ditemui katanya, mayat terperangkap di dalam anjung kapal berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan keluarga mangsa.

Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa ke Terminal Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pihak polis. Foto: APMM Tanjung Manis

“Mayat mangsa kemudiannnya dibawa ke Terminal Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pihak polis sebagai tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gilbert Tinggak berkata, operasi selama lima hari ini dibantu dengan kekuatan seramai 225 anggota pelbagai agensi termasuk komuniti maritim.

Selain Maritim, operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Tanjung Manis Belawai, Pusaka Tanjung Manis dan Komuniti Maritim.

 

Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa ke Terminal Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pihak polis. Foto: APMM Tanjung Manis

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi pencarian, termasuk komuniti maritim. Kerjasama padu semua pihak akhirnya membuahkan hasil.

“Sehubungan itu, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim, untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak, di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Baca artikel berkaitan di sini:

 1. Mangsa terakhir tragedi kapal karam di Tanjung Jerijeh masih gagal ditemui

2. Bot Karam: Lima mangsa terapung 18 jam, usaha cari seorang mangsa diteruskan hari ini

3. Bot terbalik, lima selamat seorang masih hilang

Kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk dan ombak besar mengakibatkan kapal mangsa terbalik.

Seramai lima lagi rakan mangsa dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Isnin itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan