Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan koir Sekolah Swasta St Joseph, The Chamber Choir rangkul gelaran juara di Pertandingan Koir Antarabangsa Vietnam ke-7 di Hoi An, Vietnam. Foto: St. Joseph's Private School Chamber Choir

Koir Sekolah Swasta St Joseph harumkan Malaysia di Vietnam

ByAmirah Shawel

KUCHING, 8 Apr: Kumpulan koir Sekolah Swasta St Joseph, The Chamber Choir sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan bergelar juara Pertandingan Koir Antarabangsa Vietnam ke-7 di Hoi An, Vietnam.

Pasukan yang terdiri daripada 20 pelajar dan dua alumni itu merangkul tempat pertama bagi kategori Koir Remaja Campuran G3 sekali gus meraih emas bagi kategori Diploma V.

Menurut konduktor kumpulan merangkap guru yang bertugas, Benedict Lo Jin Chi, kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa disiplin dan semangat yang dicurah oleh pelajarnya sepanjang latihan.

“Ini adalah satu perjalanan yang menarik dan mencabar buat kami dan saya berbangga dengan pencapaian para pelajar. Melalui koir, kami mengenal erti kerjasama dan dengan semangat serta disiplin mereka, ini adalah kaedah yang baik dalam membina jati diri belia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertandingan Koir Antarabangsa Vietnam ke-7 berlangsung bermula 3 hingga 5 April 2023 dengan penyertaan daripada 18 kumpulan koir.

Antara negara yang berentap adalah termasuk Thailand, Slovakia, Indonesia dan Arab Saudi. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found