RESIPI apa yang kita kongsikan hari ini? Ini dia resipi yang disiarkan menerusi Aroma Sungkei Episod 16 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Jumaat (7 April).
Dua sajian yang dipertontonkan ialah Umbut Kelapa Masak Lemak dan Sambal Petai Udang. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat bersungkei!
Umbut Kelapa Masak Lemak
Bahan-bahan:
200g umbut kelapa sawit
2 cawan santan
50g ikan rebus
5 biji bawang merah
2 cili merah
Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Mayang halus bawang merah dan cili merah
- Tumis bahan yang dimayang sehingga naik bau
- Masukkan ikan rebus & umbut kelapa sawit
- Letakkan garam secukup rasa
- Masak sehingga 7 minit
- Sedia dihidang
Sambal Petai Udang
Bahan-bahan:
100g gram udang
1 biji bawang besar
4 bawang putih
1 cm halia
80g petai
1 batang serai
20g cili kering
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
- 1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia & cili kering
- 2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
- 3. Masukkan serai yang dititik & petai
- 4. Biarkan selama 2 minit dan masukkan udang
- 5. Tambah garam dan gula secukup rasa
- 6. Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS