Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Ketua Pengarah APMM, Datuk Saiful Lizan Ibrahim (berdiri kanan) menyaksikan seorang anggota APMM membuat pembayaran zakat fitrah ketika bertugas di atas kapal peronda di perairan Pulau Pinang dekat Batu Maung di sini hari ini. Foto: TVS

800 anggota, pegawai APMM kawal perairan negara pada Aidilfitri ini

GEORGE TOWN, 8 April: Seramai 800 pegawai dan anggota penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditugaskan pada Op Khas Pagar Laut di perairan seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Pemangku Ketua Pengarah APMM, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, operasi khas sempena musim perayaan itu memasuki tahun kelapan bakal bermula 9 hingga 30 April ini.

Menurutnya ia dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan seluruh negara dalam tempoh perayaan itu.

Ujar beliau, sebanyak 45 buah aset APMM termasuklah kapal, bot dan pesawat akan digerakkan ke kawasan-kawasan titik panas yang telah dikenal pasti.

“Operasi khas dibuat kerana penjenayah beranggapan penguatkuasaan undang-undang pada musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti.

“Justeru mereka mengambil kesempatan melakukan aktiviti jenayah seperti membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan kontraband dan barang kawalan, pencerobohan serta lain-lain lagi menerusi jalan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Ops Khas Pagar Laut yang diadakan di perairan negeri ini dekat Batu Maung di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed.

Op Khas Pagar Laut tahun lalu berjaya membuat 63 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan seperti PATI, penyeludupan dadah dan mercun serta pencerobohan bot nelayan asing.

Ia membabitkan hasil tangkapan dan rampasan bernilai kira-kira RM23 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan