Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah. Foto: TVS

17 lelaki ditahan dalam serbuan perjudian di sekitar Kuching

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Apr: Polis menahan 17 lelaki termasuk enam warga asing disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian secara tidak sah ketika serbuan di premis perjudian di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata, serbuan turut merampas wang tunai sebanyak RM188 serta beberapa keping kata laluan dan angka telah dirampas.

“Selain itu 31 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan sembilan set komputer turut dirampas dalam serbuan tersebut,” katanya dalam satu  kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sehubungan itu sebanyak lima kertas siasatan dibuka dalam OP Dadu kali ini.

“Dua siasatan yang dijalankan adalah dibawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala dua lagi di bawah Seksyen 4A(A) Akta Rumah Terbuka 1953.”

“Hanya satu sahaja siasatan dijalankan dibawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh membawa kepada hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Terdahulu, katanya polis menjalankan lima Operasi Dadu di sekitar Kuching yang melibatkan kawasan pentadbiran Balai Polis Gita dijalankan oleh Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak

Ahsmon berkata OP Dadu ini dijalankan bermula 1 hingga 7 April dan dalam masa sama beliau turut meminta orang ramai tampil menyalurkan sebarang maklumat mengenai perjudian di balai polis yang berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan