Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Toleransi beragama, penyeri keharmonian rakyat Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 7 APRIL: Sikap bertoleransi yang tinggi terhadap agama yang dianuti masyarakat berbilang kaum di Sarawak menjadi penyeri kepada keharmonian yang di kecapi negeri ini.

Situasi itu menurut Uskup Agung Gereja Roman Katolik Simon Poh, digambarkan menerusi penetapan cuti umum bersempena sambutan Hari Jumaat Agung yang diraikan oleh penganut Kristian di Sarawak hari ini.

Simon berkata nilai murni seperti penerimaan dan toleransi ini harus sentiasa dipraktikkan agar ia terus mekar dalam kalangan masyarakat.

Foto: TVS

“Apa yang menjadikan kita di Sarawak ini hidup harmoni ialah kita mengamal sikap toleransi antara satu sama lain, kita menerima perbezaan antara kita,” atanya ketika kepada TVS pada rambutan Hari Jumaat Agung di sini.

Sementara itu menurut salah seorang penganut Kristian, Rhyanne Ma’ir Ridu yang ditemui, cuti umum pada perayaan Hari Jumaat Agung merupakan salah satu peluang untuk mengukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Foto: TVS

“Secara peribadi saya berpendapat bahawa cuti umum untuk Hari Jumaat Agung ini adalah satu cara untuk mengukuhkan perpaduan di Sarawak terutamanya antara budaya dan kaum sekali gus memberi peluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang agama Kristian,” ujarnya.

Senada dengannya, salah seorang Katedral St Joseph Kuching, Kenshua Chai juga menyifatkan cuti umum sempena sambutan hari jumaat agung ini merupakan satu penghormatan kepada penganut kristian seperti mana cuti umum yang diwartakan untuk perayaan agama lain.

“Saya berpendapat bahawa setiap perayaan di Sarawak ada cuti umum dan ini menunjukkan bahawa kita saling hormat budaya dan agama lain dan ini akan membuatkan kita di Sarawak ini menjadi rapat,” katanya.

Foto: TVS

Sementara itu bagi Stephen Er Je Cheang pula, dia dapat memperkenalkan budaya yang disambutnya setiap tahun kepada rakan-rakan yang lain.

Hampir 3,000 orang penganut Kristian membanjiri Katedral St Joseph Kuching bersempena sambutan Hari Jumaat Agung. 

Hari Jumaat Agung menjelang sambutan Hari Paskah diamati penganut Kristian setiap tahun dan selalunya disambut pada penghujung Mac atau pada awal April mengikut Takwim Gregorius.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan