Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam temu bual di Facebook Johor Southern Tigers, pada Khamis. Foto: JOHOR Southern Tigers (FB).

Tak semestinya pemain beraksi di luar negara bagus – TMJ

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 April: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berpendapat bahawa tidak semestinya pemain yang berkelana ke luar negara adalah bagus.

Tunku Ismail, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), berkata terdapat bukti beberapa pemain tempatan yang pernah beraksi di luar negara jelas tidak berupaya memberi impak.

Menurutnya, antaranya Titus James yang pernah beraksi di Perancis, Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili kelab Iceland, Njardvik dan bekas pemain kelab divisyen tiga Jepun, Azul Claro Numazu iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Beliau berkata peminat bola sepak tempatan sebaliknya perlu melihat tahap kualiti liga serta perlawanan di negara pemain tersebut bermain sebelum menyanjungi mereka yang beraksi luar daripada Malaysia.

“Saya bagi contoh Titus James dahulu main di France begitu lama apa sumbangan kepada pasukan kebangsaan, sama juga dengan Luqman sekarang kesian juga saya tengok kerana dia adalah pemain baik, sikap baik  tetapi kualiti perlawanan, minit atau peluang di Eropah, Korea atau Jepun juga bukan senang.

“Jika tengok Hadi Fayyadh, mula-mula pergi Jepun tetapi sekarang main dengan Perak FC,” katanya.

“Setakat dapat pengalaman duduk dalam negara sejuk lepas itu balik tiada apa-apa, jadi penyokong perlu realisitik dan nilai benda ini kerana kami dalam industri bola sepak tidak setuju idea main luar negara bagus, itu bagi saya tidak logik,” katanya dalam satu temu bual di Facebook Johor Southern Tigers, pada Khamis.

TMJ berkata JDT sangat mementingkan kualiti termasuk perlawanan persahabatan kerana ia dapat memberi pengajaran berguna kepada pemain.

“Anda boleh lihat sendiri kualiti perlawanan persahabatan kami mi bukan lawan calang-calang pasukan. Kami lawan Borussia Dortmund, Zenit St Petersburg, Lokomotiv Moscow dan Spartak Moscow di mana pemain-pemain kami boleh belajar,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berharap agar pemain JDT dapat mengekalkan konsistensi sepanjang musim ini selepas mendahului Liga Super 2023 dengan mengekalkan rekod bersih selepas tujuh perlawanan sejak saingan liga bermula Februari lalu.

Katanya, menghantar pasukannya menjalani persiapan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum saingan 2023 bermula merupakan kunci kejayaan Harimau Selatan ketika ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan