Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah dan Abdul Baderi ketika merasmikan Majlis Perujian Tilawah al-Quran Peringkat Samariang. Foto: TVS.

Pembangunan syiar Islam jadi keutamaan di Samariang – Hasidah

KUCHING, 7 April: Syiar Islam antara elemen pembangunan utama yang diterapkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata pembangunan syiar Islam akan disokong menerusi pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti melibatkan ekonomi dan masyarakat.

Menurut Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, ini dibuktikan dengan penganjuran Majlis Perujian Tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun pada Ramadan oleh PBB Samariang.

“Program ini kita telah adakan sejak dahulu lagi dan ini merupakan program yang kita buat tiap-tiap bulan Ramadan dan ini menandakan yang kita di N7 Samariang mengutamakan juga program-program keagamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Perujian Tilawah al-Quran Peringkat Samariang di Masjid Datul Khusnul Khatimah Kampung Semerah Padi Fasa 1 di sini, malam tadi.

Seramai 26 peserta dari pelbagai ranting PBB Cawangan Samariang mengambil bahagian dalam program yang berlangsung selama tiga malam dengan empat peserta pertama masing-masing dua qari dan dua qariah memulakan sesi penjurian pada Khamis.

Hadir sama bekas ADUN Samariang Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi, Timbalan Ketua Cawangan PBB Samariang Abdul Baderi Sahmat, Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal dan Pegawai Agama Islam Bahagian Kuching Suharman Edward. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan