Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah beramah mesra dengan seorang penderma darah. Foto: Media Dato Sri Fatimah Abdullah

Masyarakat perlu memahami konsep derma organ – Fatimah

ByNazirah Adlina

KUCHING, 7 April: Masyarakat perlu didedahkan dengan pemahaman secara menyeluruh mengenai konsep menderma organ, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau mengakui topik berhubung menderma organ bukanlah sesuatu perkara yang kerap kali dibincangkan dalam kalangan masyarakat ekoran itu masih ramai yang was-was serta berpandangan bahawa menderma organ merupakan suatu tindakan yang salah di sisi agama.

Menurut Fatimah, antara salah faham yang sering dikaitkan dengan pendermaan organ adalah, anggota tubuh seseorang individu atau ahli keluarga akan terjejas atau dicacatkan sekiranya mereka mahu mendermakan organ selepas meninggal dunia.

 

Foto: Media Dato Sri Fatimah Abdullah

“Jadi dengan itu saya sudah memberitahu jawatankuasa yang terlibat dalam derma organ ini untuk membuat penerangan kepada orang ramai, kerana sebelum mereka wujudkan aktiviti ini.

“Mereka telah mendapatkan input daripada badan-badan agama, supaya dengan itu mereka dapat terangkan kepada orang ramai daripada segi keagamaan dan juga daripada segi proses dan prosedur yang dilakukan,” jelas Fatimah kepada pemberita ketika hadir di satu program derma darah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan Sarawak merekodkan peningkatan penderma organ susulan program derma darah yang menampilkan lebih ramai penderma baharu yang berikrar.

“Pada kempen Derma Darah bulan lepas, telah tampil lima hingga tujuh orang dan kita berharap bilangannya kali ini akan bertambah,“ ujarnya.

Foto: Media Dato Sri Fatimah Abdullah

 

Perkara positif itu menurut Fatimah melalui ikrar pendermaan organ, ia mampu meringankan beban penderma yang memerlukan rawatan di hospital terutama dari segi kos rawatan.

Mengambil contoh mereka yang menghidapi masalah buah pinggan, Fatimah menjelaskan mereka memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu dan ia memakan kos yang amat tinggi.

Terdahulu sempena bulan Ramadan, Fatimah mendedahkan pihak Community Social Support Centre (CSSC) bakal menganjurkan majlis berbuka puasa yang disasarkan kepada golongan gelendangan dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk berbuka puasa dalam majlis keramaian.

Beliau menambah setakat ini pihaknya telah berjaya mengumpul lebih 11 orang gelendangan dan ibu tunggal, dan mereka bakal menerima sumbangan bakul makanan, makanan untuk bersahur serta sumbangan dalam bentuk kewangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan