Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang Parlimen dimaklumkan yang kerajaan menggariskan tiga strategi utama bagi menangani masalah kekurangan beras putih tempatan di seluruh negara.Foto hiasan, Envato.

Indonesia akan import 2 juta tan beras persediaan hadapi kemungkinan kemarau

ByBernama

JAKARTA, 7 April: Indonesia akan mengimport dua juta tan beras menjelang akhir tahun ini bagi menghadapi kemarau yang dijangka berlaku akibat El Nino, kata Presiden Indonesia Joko Widodo pada Khamis.

Import beras adalah untuk stok simpanan Agensi Logistik Negeri selain untuk menstabilkan harga domestik memandangkan El Nino akan menyebabkan kemarau berpanjangan dan menjejaskan pengeluaran beras negara, kata Widodo, lapor Xinhua.

Ketua Agensi Makanan Negara Arief Prasetyo berkata import beras kumpulan pertama akan mencecah sehingga 500,000 tan dan dihantar secepat mungkin.

Hasil tuaian padi dari Mac hingga Mei menjadi keutamaan (untuk bekalan beras), tambah Prasetyo, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk negara itu yang melebihi 270 juta.

Menurut Statistik Indonesia, negara Asia Tenggara itu mengimport kira-kira 400,000 tan beras pada 2021 dan 320,000 tan pada 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan