Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman mendengar taklimat mengenai projek CPPC Limbang. Foto: TVS

CPPC Limbang, satu-satunya CPPC siap sepenuhnya di Sarawak – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 7 April: Pusat Pengumpulan, Pemprosesan Dan Pembungkusan (CCPC) Limbang bernilai RM5 juta merupakan satu-satunya kemudahan CPPC yang sudah siap sepenuhnya di Sarawak, kata Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) itu berkata, pembinaan CCPC Limbang sebelum ini pernah tergendala hampir dua tahun daripada jadual asal siapnya iaitu pada November 2021.

Menurutnya, kemudahan ini amat penting untuk memproses segala produk-produk pertanian yang dihasilkan para petani dan seterusnya dipasarkan di pusat pemprosesan tersebut.

Jelasnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu lagi, projek yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui peruntukan kerajaan negeri itu  akan diserahkan kepada Jabatan Pertanian pada bulan ini sebelum dikendalikan oleh pihak swasta kelak.

CPPC Limbang, Jalan Kubong. Foto: TVS

“Melalui CPPC ini katanya syarikat pengendali boleh membeli hasil petani tempatan dan para petani dapat menanam dalam skala yang besar sekali gus dapat memberi pulangan besar sekitar RM6,000 sebulan,” katanya kepada pemberita pada lawatan ke CPPC Jalan Kubong di sini pada Khamis.

Dalam pada itu beliau berterima kasih kepada agensi pelaksana JKR susulan telah merealisasikan pembinaan projek ini dan berharap beberapa pembinaan CCPC lain di Sarawak seperti di Lawas dan Betong akan dapat siap dibina tidak lama lagi.

Dr Abdul Rahman juga berharap para petani di daerah Limbang akan mengambil kesempatan ini dengan mengusahakan beberapa jenis tanaman yang diperlukan untuk mempertingkatkan pendapatan mereka seperti yang disasarkan oleh pihak kerajaan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan