Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 15 | Resipi Kari Ikan Tongkol dan Jus Tembikai Laici

ByTVS

RESIPI apa yang kita kongsikan hari ini? Ini dia resipi yang disiarkan menerusi Aroma Sungkei Episod 15 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Khamis (6 April).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Resipi Kari Ikan Tongkol dan Jus Tembikai Laici. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!

Kari Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

6 potong ikan tongkol
5 kacang bendi
2 biji tomato
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
Gula
Garam

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang merah, bawang putih & halia
  2. 2. Tumis bahan kisar & masukkan cili kisar dan serbuk kari
  3. 3. Biar sehingga naik bau
  4. 4. Masukkan ikan tongkol & air asam jawa
  5. 5. Biar sehingga mendidih
  6. 6. Masukkan santan
  7. 7. Tambah garam dan gula
  8. 8. Masak selama 7 minit
  9. 9. Sedia dihidang

Jus Tembikai Laici

Bahan-bahan:

1/2 biji tembikai
1 tin laici
5 sudu gula
Ais

Cara membuat:

  1. 1. Kisar tembikai & laici bersama gula
  2. 2. Masukkan gula
  3. 3. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan