KUCHING, 7 April: Seramai 3,000 penganut Kristian di bandar raya ini bakal hadir di Katedral St. Joseph Kuching untuk meraikan Jumaat Agung (Good Friday) menjelang sambutan Easter Day atau Hari Paskah pada Ahad ini.
Uskup Agung Gereja Roman Katolik Simon Poh berkata, kehadiran dalam skala besar itu menyaksikan penganut akan menyertai upacara sembahyang Jalan Salib di katedral tersebut.
“Situasi COVID-19 di Sarawak semakin reda dan tiada peningkatan ketara meyakinkan penganut Kristian di negeri ini untuk menyambut perayaan seperti ini.”
“Kerana sebelum kita dilanda pandemiki COVID-19, kita terpaksa membuka ruangan parkir luar gereja ni untuk mereka kerana kehadiran yang padat,” katanya ketika ditemui TVS di Katedral St.Jospeh Kuching pada Jumaat.
Selain itu, katanya umat Katolik juga berpeluang mengikuti ibadah Jumaat Agung juga akan disiarkan secara langsung di media sosial dari Katedral St Joseph sebagai alternatif kepada mereka yang tidak berkesempatan menyambutnya secara fizikal.
Hari Jumaat Agung atau Good Friday merupakan sambutan signifikan kepada penganut Kristian bagi mengingati kesengsaraan Tuhan Yesus yang mati disalib bagi menebus dosa manusia.
Pada hari Jumaat Agung, semua umat Kristian seluruh dunia akan menyesali segala dosa dibuat sehingga membawa kepada pengorbanan Yesus yang mati disalib. -TVS