KUALA LUMPUR, 6 April: MBSB Bank Bhd menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh Syariah Ihsan-i kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.
Baca berita berkaitan:
- 1. FSA2 untuk pencarum berhadapan masalah kewangan – CEO KWSP
- 2. Tidak benar keluar KWSP, kerajaan bertanggungjawab lindungi rakyat – Rafizi
- 3. Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP
- 4. KWSP perincikan mekanisme bagi FSA 2, bermula 7 April
Bank itu berkata kemudahan Ihsan-i yang disediakan bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah dengan kadar kompetitif.
Jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Nor Azam M. Taib.
[INFOGRAFIK] Fasiliti sokongan akaun 2 KWSP.
Baca artikel penuh di sini: https://t.co/9MWZAS0V7C
Sumber: @KWSPMalaysia
Layari https://t.co/EGZMz1UAq9 & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV#TVS122 #TVSNews #kwsp pic.twitter.com/ZRmIWJ8Z0f
— TVS (@tvstvmy) April 4, 2023
“Pembayaran ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq dan antara kelebihannya adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.
@tvstvmy Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digunakan sebagai talian hayat apabila keadaan mendesak. 📹 TVS Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #KWSP #FSA2
Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.fsa2mbsbbank.com bermula 7 April 2023.
Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan kedudukan kredit para pemohon. -TVS