Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri memberi sumbangan kepada pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) hari ini.

Nancy agihkan kurma kepada pelajar IKM Kuching

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 6 April: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menyerahkan sumbangan kurma kepada pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuching.

Nancy berkata, menerusi program yang dinamakan Berkongsi Rezeki itu, pihaknya mengagihkan sebanyak 300 bungkusan kurma kepada pelajar di situ yang majoritinya berasal dari Santubong.

“Tujuan program ini diadakan ialah bagi mengeratkan hubungan dengan pelajar selain berkongsi rezeki sempena Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan sumbangan kurma kepada pelajar IKM. Foto: TVS

Ketika ini, IKM Kuching mempunyai seramai 1,300 orang pelajar.

Kesemua mereka sedang mengikuti beberapa kursus yang ditawarkan termasuk Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri), Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif, Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa), Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan dan Sijil Teknologi Kimpalan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan