Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) akan membuka tender untuk kerja ubah suai kesemua tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Jun ini. Foto Elani Rosllan (TVS).

Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri

ByBernama

SEPANG, 6 April: Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan.

Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini hari ini, Loke berkata pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.

“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan