Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fenomena awan 'aneh' yang berlaku di Bintulu pagi tadi. Foto: TVS

Fenomena awan ‘aneh’ dikesan di Bintulu pagi tadi

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 6 April: Fenomena awan seolah – olah ‘terbelah’ yang dikesan di Bintulu, pagi tadi menarik perhatian penduduk sekitar.

Video kejadian itu yang berdurasi 16 saat itu dirakam oleh pengguna Facebook kira-kira pukul 9 pagi tadi turut tular.

Nas Nazia berkata, dia sempat merakam gambar awan berkenaan di Kampung Jepak.

Zue Riena pula berkongsi foto sama di Pelabuhan Bintulu.

Difahamkan, awan unik itu turut dikesan di Miri yang terletak kira – kira 200 kilometer (km) dari Bintulu.

Dalam keterujaan menyaksikan fenomena itu, penduduk Bintulu berharap tidak berlaku hujan lebat dan ribut petir seperti yang melanda Sibu, petang semalam.

Emuck Zai berkata, dia berharap tidak ada kejadian buruk berlaku susulan pembentukan awan berkenaan.

@tvstvmy

Fenomena awan ‘aneh’ dikesan di Bintulu pagi tadi. #TVS122 #TVSNews #Bintulu #beritaditiktok #trendingNewsMalaysia #AwanAneh #fyp #foryoupage

♬ original sound – TVS News – TVS News

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Bintulu.

“Ribut petir dijangka melanda kawasan berkenaan sehingga pukul 5 petang Khamis,” jelas MetMalaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan