MARUDI, 5 April: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Narum di sini musnah dalam kebakaran pada hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata enam penghuninya selamat.
Panggilan mengenai kejadian diterima pada 6.31 petang.
Tujuh anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi digerakkan ke lokasi kejadian.
Api berjaya dikawal daripada merebak ke sebuah rumah yang terletak berdekatan. – TVS