Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir melanda Kabupaten Kapuas, Kalimantan Tengah selama seminggu menyebabkan sebanyak 4,166 rumah dengan 16,234 penduduk di 14 kampung terjejas banjir dengan paras air mencecah 150 sentimeter. Foto: BNPB.

Banjir lebih seminggu, daerah Kapuas, Kalimantan Tengah masih ditenggelami air

ByTVS

JAKARTA, 6 April: Daerah Kabupaten Kapuas, Kalimantan Tengah masih ditenggelami banjir sejak seminggu lalu ekoran hujan tahap tinggi kerap berlaku hingga mengakibatkan limpahan air sungai di kawasan terlibat.

Musibah itu telah menyebabkan sebanyak 4,166 rumah melibatkan 16,234 penduduk di 14 kampung terjejas banjir dengan paras air mencecah 150 sentimeter.

Pasukan gabungan terus melakukan usaha pengendalian banjir mengagihkan makanan dan bekalan dengan bot. Foto: BNPB.

Selain itu, sebanyak 27 buah rumah ibadat, 27 buah fasiliti awam, 32 buah sekolah, enam fasiliti kesihatan dan 55 jalan di daerah ini turut terjejas ditenggelami air.

Jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Abdul Muhari berkata banjir yang berlaku sejak Rabu (29 Mac) direkodkan belum lagi surut ekoran hujan terus mengguyur kawasan tersebut.

Pasukan gabungan terus melakukan usaha pengendalian banjir mengagihkan makanan dan bekalan dengan bot. Foto: BNPB.

“Buat masa ini, status isityhar darurat ditetapkan selama dua minggu bagi mempercepatkan pengendalian banjir di kawasan Kapuas yang masih belum berakhir,” katanya.

Pihaknya juga melaksanakan rutin memantau kediaman penduduk untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan serta mengagihkan bungkusan makanan.

Kesihatan segelintir penduduk dilaporkan mula terjejas menjadikan kerajaan menyediakan insentif kesihatan oleh pasukan perubatan dengan penubuhan pos kesihatan.

Pasukan gabungan terus melakukan usaha pengendalian banjir mengagihkan makanan dan bekalan dengan bot. Foto: BNPB.

Difahamkan bantuan logistik berupa barangan keperluan harian dan bekalan lain juga disediakan BNPB.

Berdasarkan ramalan cuaca Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), kawasan Kabupaten Kapuas dijangka akan dibadai ribut dalam beberapa hari mendatang.

Ekoran hal itu, pusat pemindahan juga telah bersedia untuk menampung mangsa dalam menghadapi banjir yang lebih besar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan