APA resipi yang kita kongsikan hari ini? Ini dia resipi yang disiarkan menerusi Aroma Sungkei Episod 14 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Rabu (5 April).
Dua sajian yang dipertontonkan ialah Resipi Bihun Belacan dan Puding Roti Kurma Oat. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!
Bihun Belacan
Bahan-bahan:
200 gm bihun
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
50 gm belacan
50 gm udang kering
1/2 batang timun
2 sudu tepung jagung
10g tauge
1 biji telur padi
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
- 1. Kisar bawang putih, bawang merah, belacan
- 2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
- 3. Letakkan 1 liter air & bancuhan air tepung jagung
- 4. Masukkan garam & gula
- 5. Masak sehingga mendidih
- 6. Celur bihun, tauge & hiris nipis timun
- 7. Hias bersama telur padi
- 8. Sedia dihidang
Puding Roti Kurma Oat
Bahan-bahan:
10 keping roti
4 biji telur
9 biji kurma
1/2 susu pekat
1/2 cawan oat
1 sudu kecil serbuk kopi
1/4 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
- 1. Pukul telur, susu pekat, esen vanila. serbuk kopi
- 2. Salut roti bersama bahan pukul
- 3. Sapukan minyak pada acuan
- 4. Susun roti yang sudah disalu dengan lapisan oat dan kurma
- 5. Kukus selama 30 minit dengan 180 darjah celsius
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS