Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Rizal Zulkapli pada Majlis Simbolik Pembungkusan Sumbangsih Raya 2023 (SR23) hari ini. Foto TVS.

12,000 kotak sumbangan Sumbangsih Raya 2023 siap dibungkus – Fatimah

KUCHING, 6 April: Sebanyak 12,000 kotak sumbangan Sumbangsih Raya 2023 (SR23) disasar akan siap dibungkus pada hari ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut beliau aktiviti membungkus sumbangan berkenaan bermula sejak tiga hari lalu serta telah memperoleh 7,900 bungkusan setakat ini.

“Hari ini tinggal 4,100 lagi yang perlu dibungkus. Saya percaya kita semua dapat selesaikan pada hari ini kerana semangat kerjasama antara agensi-agensi dan kementerian sangat bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Simbolik Pembungkusan Sumbangsih Raya 2023 (SR23) yang dihadiri oleh semua ketua dan wakil agensi penerima sumbangan kotak Sumbangsih Raya 2023 di Dewan Utama, Wisma Wanita, Jalan Sultan Tengah Kuching di sini, hari ini.

 

Ketua dan wakil agensi bekerjasama dalam membungkus 12,000 kotak untuk penerima sumbangan kotak Sumbangsih Raya 2023 di Dewan Utama, Wisma Wanita, Jalan Sultan Tengah Kuching pada hari ini. Foto TVS.

Bercakap mengenai majlis Hari Ini, Fatimah berkata acara tahunan itu dijayakan dengan kerjasama daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

“Saya menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada kerajaan termasuk semua anggota dan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujarnya.

 

Dato Sri Fatimah Abdullah turut sama membantu pembungkusan Sumbangsih Raya 2023 bersama yang lain pada hari ini. Foto TVS.

Simbolik penyerahan pula kata Fatimah akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 14 April ini.

Dalam pada itu, Fatimah mendedahkan pada tahun ini Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak telah mengenal pasti 11 agensi penerima terdiri daripada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang bertugas menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman negeri pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Program Ziarah Penyerahan juga akan diadakan untuk pihak kami datang berkunjung ke agensi-agensi penerima selepas ini,” katanya ia bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara jabatan dan rakan strategik.

Antara agensi yang bakal menerima sumbangan ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa lagi agensi yang lain.

Untuk rekod, program Sumbangsih Raya merupakan diilhamkan Kerajaan Sarawak yang telah dilaksanakan tanpa gagal sejak diperkenalkan pada tahun 1990.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan