Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Ida Dayak kelihatan sedang mengurut pesakitnya. Foto: Facebook/Ida Andriani Dayak

Tangan ajaib Ida Dayak, pesakit sembuh serta merta setelah diurut

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 5 April: Tular di media sosial memaparkan kehebatan seorang pengamal perubatan tradisional di Kalimantan Timur, Ida Dayak yang ditonjolkan mampu menyembuhkan pesakit patah tulang, lumpuh dan strok tanpa bantuan alat perubatan.

Lagak wanita berusia 51 tahun itu sering dirakam dalam akaun TikTok peribadinya, @idadayak7 yang hanya mengubat pesakit dengan mengurut minyak urut yang disebut minyak bintang.

Ida Dayak kelihatan hanya melumur minyak berkenaan pada anggota tubuh yang sakit dan pesakit pulih serta merta.

Bersifat ingin membantu orang ramai, Ida Dayak tidak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan namun pesakit hanya disyaratkan membeli minyak bintang yang dihasilkannya.

Sering tular hingga mencipta jutaan tontonan, video Ida Dayak turut menyaksikan kehadirannya di satu-satu lokasi akan dibanjiri lautan manusia yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Paling unik, pemilik nama Ida Andriyani ini akan mengenakan busana tradisional kaum Dayak juga akan kelihatan menari semasa mengubat pesakitnya. 

Melihat pada ruangan komen akaun TikToknya, rata-rata rakyat Indonesia amat menanti-nantikan kehadiran wanita ajaib itu untuk datang ke daerah kediaman mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan