Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan replika cek daripada Pengarah Urusan Huawei, David Ci sebagai penaja platinum bagi WCIT dan IDECS 2023. Foto: TVS.

Sarawak tuan rumah WCIT dan IDECS Oktober ini

KUCHING, 5 April: Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Kongres Inovasi dan Teknologi Sedunia (WCIT) untuk edisi ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) untuk kali ke-6 pada tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki mengumumkan kedua-dua program inovasi dan teknologi terbesar global itu bakal diadakan serentak pada 4 hingga 6 Oktober 2023 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Menurutnya WCIT dan IDECS akan menyaksikan penglibatan pelbagai delegasi dari seluruh dunia berkampung di bandar raya ini bagi mengadakan perbincangan bersama pemain industri, inovator, ahli akademik dan kepimpinan kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki bergambar bersama yang lain selepas sidang media pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penganjur WCIT 2023 di Wisma Bapa, Petra Jaya Kuching semalam. Foto: TVS.

Kedua-dua acara tersebut akan mengetengahkan kira-kira 2,500 delegasi global secara fizikal dan maya yang terdiri daripada pemikir global dan antarabangsa, peneraju teknologi industri, pemimpin kerajaan dan ahli akademik meliputi lebih daripada 80 negara.”

“IDECS merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak setiap tahun dan tahun ini kami akan menganjurkan IDECS bersama-sama dengan WCIT yang turut dihoskan oleh kerajaan, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penganjur WCIT 2023 di Wisma Bapa, Petra Jaya Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan IDECS 2023 juga bertujuan untuk meneroka pameran serta inovasi trend terkini serta kaedah terbaik untuk ekonomi digital dengan tumpuan khusus bagi memberi impak yang berpotensi kepada Negeri Sarawak.

Sementara itu, menurut Timbalan Pengerusi WCIT merangkap Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani, penglibatan WCIT dan IDECS akan membuka peluang untuk Sarawak dalam mengetengahkan industri digital ekonomi di mata dunia.

“Pada acara kali ini kita akan menambah kerancakan dan kemegahan kongres ini. Di samping itu, kami mempunyai banyak pameran inovasi dan teknologi kerana kami menjangkakan banyak penceramah-penceramah antarabangsa yang akan menerangkan mengenai topik keterangkuman dan kemampanan serta pemboleh digital yang akan menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) di Sarawak.”

“Saya berharap acara seperti ini akan dapat membantu untuk membawa pelabur serta menarik minat orang ramai untuk datang dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri yang merupakan sebahagian daripada objektif PCDS 2030,” katanya.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan penyerahan replika cek daripada Pengarah Urusan Huawei, David Ci sebagai penaja platinum bagi kongres berkenaan kepada Kerajaan Sarawak.

Untuk rekod, WCIT dirujuk sebagai ‘Olimpik bagi Industri Teknologi Maklumat Dunia’ dan Malaysia menjadi pintu masuk bagi rantau Asia Tenggara bagi menghubungkan dan mengubah dunai melalui acara global perniagaan teknologi.

Pelbagai topik utama akan diketengahkan seperti perkhidmatan perniagaan global, keselamatan siber, kelestarian digital, inklusiviti pertumbuhan ekonomi dan konsep bandar pintar. – TVS

Tags: bcck, IDECS, SDEC, WCIT

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan