Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.

Pertahankan Beting Patinggi Ali demi negara dan Sarawak – Fazzrudin

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Apr: Kawasan di Beting Patinggi Ali perlu dipertahankan demi kedaulatan negara dan kepentingan Sarawak.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Kerajaan Sarawak juga mengambil berat isu berkenaan.

Baca artikel berkaitan >>> Parlimen: ‘Monster’ di Beting Patinggi Ali bukan kapal perang, jelas MINDEF

“Saya percaya kita perlu memastikan kesinambungan aktiviti-aktiviti berkaitan minyak dan gas oleh Petronas.

“Ini perlu dikekalkan demi manfaat negara dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan isu Laut China Selatan tidak seharusnya menjadi isu besar dan dialog dengan negara-negara Asean lain turut diperlukan untuk menuntut hasil sumber laut itu di situ.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan manakala Taiwan, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei menuntut sebahagian kawasan itu yang kaya dengan hasil minyak dan gas. Foto Reuters.

Pada sidang Dewan Rakyat yang berakhir semalam, isu kehadiran kapal milik sebuah negara asing di Beting Patinggi Ali turut dibahaskan oleh beberapa kali oleh ahli parlimen.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menjawab persoalan dibangkitkan itu menjelaskan kapal besar yang dirujuk sebagai ‘monster’ di Beting Patinggi Ali bukan kapal perang milik tentera laut negara lain.

Sementara itu, Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, Beting Patinggi Ali terletak 80 batu nautika dari persisir Sarawak telah diiktiraf sebagai Zon Ekslusif Ekonomi (ZEE) milik Malaysia.

“Ini berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Law of the Sea 1982,” katanya.

Beliau turut memberitahu, sebelum ini beberapa laporan diterima oleh Petronas mengenai kehadiran kapal China di ZEE.

“Kita mesti memastikan keselamatan kawasan perairan dengan aset yang dihantar untuk memantau situasi dan juga saluran diplomatik seperti yang dimaksudkan Perdana Menteri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan