Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto TVS.

MA63: Sarawak kini miliki kuasa penuh uruskan alam sekitar – Sharifah Hasidah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 April: Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan sepenuhnya kuasa pengurusan alam sekitar kepada Kerajaan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, berikutan itu, Sarawak kini mengawal sepenuhnya perkara berkaitan alam sekitar dan bertanggungjawab menguruskan sisa terjadual.

Beliau memberitahu, ketika ini rundingan lanjut mengenai pengurusan sisa berjadual membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak masih diteruskan.

“Ini berikutan perkara ini perlu diteliti secara khusus oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

“Sekiranya NREB perlu bekerjasama dengan pihak berkaitan di pusat, saya rasa mereka akan mengadakan rundingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Amal Ramadan di Pavilion Juma’ani di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang berkata, Sarawak memiliki pegawai serta penjawat awam yang komited untuk menguruskan isu alam sekitar dan perkara berkaitan sisa terjadual. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan