Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 13 | Resipi Kambing Bakar dan Roti Goreng Kurma Epal Kismis

ByTVS

Aroma Sungkei Episod 13 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Selasa (4 April).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Resipi Kambing Bakar dan Roti Goreng Kurma Epal Kismis. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!

Kambing Bakar

Bahan-bahan:

2 potong daging kambing

2 sudu sos tiram

3 sudu sos lada hitam

2 sudu cili kisar

5 sudu kicap manis

2 cm halia

2g Serbuk lada hitam

1/2 sudu daun rosemary

Gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. 1. Perap daging kambing dengan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, cili kisar
  2. 2. Masukkan serbuk lada hitam, daun rosemary & gula
  3. 3. Masak selama 7 minit disetiap sisi
  4. 4. Sedia dihidang

Roti Goreng Kurma Epal Kismis

Bahan-bahan:

10 keping roti

2 buah epal

5 biji kurma

1 sudu makan kismis

1 sudu makan gula perang

1/4 sudu serbuk kulit kayu manis

1/4 sudu serbuk vanila

3 sudu tepung jagung

3 biji telur Serbuk roti

Cara membuat:

  1. 1. Masak epal, kurma, gula perang, serbuk kulit kayu manis & serbuk vanila
  2. 2. Letakkan air bancuhan tepung jagung & masak sehingga memekat
  3. 3. Leperkan roti & masukkan inti yang sudah dimasak
  4. 4. Salut dengan telur dan serbuk roti
  5. 5. Goreng selama sehingga keemasan
  6. 6. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan