Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan Ramadan kepada salah seorang penerima pada Majlis Berbuka Puasa DBKS di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari serahkan sumbangan Ramadan kepada anak yatim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 5 April: Seramai tujuh anak yatim kepada bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang meninggal dunia menerima sumbangan sempena Ramdan.

Sumbangan disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Berbuka Puasa DBKU petang tadi.

Kesemua penerima berusia bawah 15 tahun.

Solat berjemaah turut diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa DBKU yang berlangsung hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pada majlis berkenaan, Abang Johari turut menyertai jemputan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah sebelum diteruskan dengan solat sunat Terawih.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzruddin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki dan Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan